BN dijangka putuskan status gabungan bersama PBM malam ini

Pusat Dagangan Dunia (WTC) jadi tumpuan media malam Isnin.
Pusat Dagangan Dunia (WTC) jadi tumpuan media malam Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur kembali menjadi tumpuan media susulan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang diadakan malam Isnin.

Mesyuarat bermula jam 8.30 bermula itu dipengerusikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO.

Difahamkan antara inti pati mesyuarat adalah bagi membincangkan mengenai status permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang ingin menyertai gabungan itu termasuk isu pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Turut menghadiri mesyuarat adalah empat komponen iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran dan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup.

Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Hang Soon.

Pada Ahad, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, segala keputusan berhubung penyertaan PBM dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai BN akan ditentukan secara konsensus diantara keempat-empat parti.

Mohamad bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat mengenai parti lain yang turut berhasrat menyertai BN.