Permohonan PBM sertai BN diputuskan esok

Mohamad ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan Konvensyen Wanita BN di WTC Kuala Lumpur pada Ahad.
Mohamad ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan Konvensyen Wanita BN di WTC Kuala Lumpur pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Status permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menganggotai Barisan Nasional (BN) akan diputuskan esok (Isnin).

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi UMNO pada malam esok.

"Dalam BN semua keputusan dibuat secara konsensus dan tidak ada keputusan yang dibuat hanya satu parti sahaja.

"Kita ada empat parti iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan keempat-empatnya mesti bersetuju," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan bahawa PBM telah menghantar permohonan untuk menyertai BN bulan lalu bagi membentuk sebuah gabungan parti baharu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, selain PBM, terdapat dua parti lagi yang membuat permohonan untuk menyertai BN.

"Jadi kita tunggu lah mesyuarat. Kalau ya (semua parti komponen BN setuju), ya. Kalau tidak (setuju), tidaklah," ujarnya.

Artikel Berkaitan: