BN terima atau tidak permohonan PBM?

Zuraida
Zuraida
A
A
A

STATUS permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang diketuai oleh Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menganggotai Barisan Nasional (BN) bakal diketahui pada Isnin.

Adakah parti baharu ini akan diterima atau ditolak oleh BN yang dianggotai empat parti iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)?

Ini kerana menurut Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, semua keputusan dibuat secara konsensus dan tidak ada keputusan yang dibuat hanya satu parti.

“Kita ada empat parti iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS serta dan keempat-empatnya mesti bersetuju,” katanya pada Ahad.

Zuraida sebelum ini menyatakan bahawa PBM akan menerima apa sahaja kemungkinan berhubung permohonan parti itu untuk menyertai BN.

“PBM mempunyai semangat yang tinggi kerana saya melihat daripada pengalaman, kitab oleh mengharungi apa sahaja kemungkinan,” katanya.

Timbul juga persoalan jika BN menolak atau tidak menerima permohonan PBM, apakah strategi parti itu selepas ini?

Jika melihat kepada situasi terkini, terdapat tiga gabungan parti lain di dalam negara iaitu Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) yang diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Barangkali, Zuraida juga perlu ‘berfikir panjang’ jika mahu menyertai salah satu daripada tiga gabungan ini.

Ahli Parlimen Ampang itu dalam masa sama juga perlu lebih pantas dalam membuat keputusan dan strategi kerana jika partinya bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tidak mustahil bahawa tiada kerusi yang akan dimenangi oleh parti berkenaan.

Ini dapat dilihat menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini apabila PBM kalah dalam empat kerusi yang ditandingi.