Dari telefon awam ke dunia tanpa sempadan

A
A
A

No Image Caption



Tempoh 20 atau 30 tahun lalu, hampir majoriti rakyat Malaysia berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain menggunakan telefon talian tetap di rumah, pejabat ataupun telefon awam.

Sempadan untuk berkomunikasi ketika era sebelum digital itu amat terhad kerana kita mesti berada di sebelah telefon talian tetap atau 'public phone, jika ingin bercakap atau menghubungi seseorang.

Namun revolusi telekomunikasi dan dunia digital yang rancak menjadi perhubungan serta dunia berkomunikasi tanpa sempadan.

Kewujudan telefon pintar dan kecanggihan industri telekomunikasi membolehkan kita berhubung tanpa batas sempadan, tiada kekangan tempat, kemudahan atau perbezaan waktu.

Selain, kemajuan teknologi telefon pintar, revolusi rangkaian dan liputan daripada analog kepada terkini 5G oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi membuka satu dimensi baharu keseluruhan dunia termasuk Malaysia.

Rangkaian dan liputan yang menyeluruh sememangnya menjadi keutamaan kepada setiap pengguna dalam memilih pembekal telekomunikasi manakah menjadi pilihan mereka.

Justeru itu, dalam memastikan rakyat dan pengguna telekomunikasi negara ini mendapat rangkaian menyeluruh dan mampu terus kekal berhubung secara fizikal dan spiritual, Maxis mewujudkan rangkaian mereka demi menyokong 'setiap rangkaian' di Malaysia.

Dengan keprihatinan itulah maka terciptanya Rangkaian Kita Rangkaian Malaysia oleh Maxis yang mampu memenuhi keinginan dan menikmati liputan menyeluruh, tak kira apa pun keperluan anda.

Maxis yakin apabila seluruh rakyat Malaysia bersama, mereka mampu untuk menerajui dan mencapai apa sahaja impian serta keinginanan dalam aspek kehidupan.

Bagi merealsisikan impian seluruh rakyat Malaysia itu, Maxis telah menggariskan tiga elemen utama Rangkaian Menyeluruh

Berhubunglah bila-bila masa, di mana jua anda berada

No Image Caption



Maxis menjanjikan kepada para pelanggan pengalaman internet mudah alih selancarnya. Ini kerana Maxis mahu semua pelanggannya terus kekal bersama dalam menerajui kelajuan muat turun 4G untuk lima tahun berturut-turut.

Di samping para pengguna boleh menikmati kesinambungan terbaik di darat dan laut dengan penyambungan LTE luar pesisir komersial pertama di Malaysia.

Bagi Keluarga Malaysia, tak kira anda dalam keluarga besar, sederhana atau kecil, penyambungan bawah bumbung Maxis adalah yang paling dipercayai. Ia diperkasakan oleh kelengkapan penyelesaian berintegrasi, di mana para pelanggan Maxis mampu kekal berhubung dengan sandaran selular dan broadband aktif.

Dengan memiliki liputan optima dengan Wifi Mesh dan router WiFi 6 terkini; para pelanggan juga boleh menikmati panggilan suara jelas dengan teknologi VoLTE serta diperkasakan dengan VoWiFi

Manakala untuk rangkaian gred perusahaan pula, Maxis menawarkan perkhidmatan liputan dan rangkaian termaju di Malaysia. Syarikat telekomunikasi terkemuka ini komited melakarkan kegemilangan perniagaan anda dengan Rangkaian Berprogram Maxis (MPN) dan anda boleh menikmati jalur lebar fleksibel atas permintaan serta integrasi selamat dengan pembekal cloud utama.

MPN memiliki kebolehpercayaan misi kritikal dan prestasi dari peneraju industri dengan pembekal perkhidmatan komunikasi diiktiraf MEF 3.0 serta yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Maxis sentiasa mahu memastikan perniagaan anda kekal berhubung dengan keteguhan rangkaian yang menawarkan 100 peratus kestabilan untuk kesediaan perkhidmatan tahap tertinggi (SLA) dalam kesalinghubungan tetap.

Asia eCommerce Award bukti kehebatan Maxis

No Image Caption



Sebagai rakan penyelesaian setempat ICT paling berkomprehensif Malaysia; Maxis tetap meneruskan komitmen dalam mempercepatkan kembara transformasi digital anda dengan kesalinghubungan setempat dan penyelesaian teknologi.

Ini kerana Maxis percaya hanya dengan cara itu sahaja ia dapat memajukan perniagaan para pelanggan mereka.

Berbekalkan rangkaian bertaraf dunia, cloud, VOIP, keselamatan siber, peruncitan dan pembayaran, IoT dan penyelesaian analitik maju yang diperhebatkan lagi dengan Penasihat Strategi IT serta perkhidmatan yang dikendali penuh, Maxis menjamin prospek perniagaan para pelanggan mampu berkembang lebih jauh.

Oleh itu, Maxis mampu memperkukuhkan lagi keuntungan dan kemunculan dalam talian para pelanggannya dengan penyelesaian eDagang setempat yang terbukti apabila telah memenangi anugerah Asia eCommerce Award.

Maxis juga menawarkan pilihan yang meluas terhadap peranti dan perkhidmatan untuk seluruh warga Malaysi. Jenama rangkaian terhebat Malaysia ini sentiasa menjanjikan kepada seluruh rakyat untuk menikmati pilihan meluas peranti dengan pembayaran ansuran berpatutan sehingga 36 bulan dan sifar faedah menerusi Maxis Zerolution.

Ia bagi memastikan semua pelanggan Maxis menikmati kehidupan penuh ketenteraman dan harmoni dengan insurans peranti dan alat keselamatan internet dari jenama terkemuka dunia iaitu Kaspersky.

Para pelanggan juga boleh menikmati pilihan meluas peranti tersedia dengan 5G bagi memenuhi keperluan gaya hidup digital masing-masing.

Pakar 24/7 Maxis sentiasa bersama anda

No Image Caption



Maxis amat memahami kerisauan para pelanggan mengenai tahap kesediaan bantuan perkhidmatan jika mereka berdepan dengan isu berkaitan telekomunikasi.

Usah bimbang, pakar 24/7 Maxis amat berdedikasi dan sentiasa bersedia berkhidmat untuk keperluan anda dalam 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Itulah komitmen yang ditawarkan Maxis agar para pelanggan mereka dapar menikmati bantuan telus daripada pelbagai saluran, termasuklah dari Maxpert, Pusat Maxis, saluranan khidmat pelanggan 24/7 serta bot sembang yang dikuasakan AI terkini daripada Maxis.

Dengan pendekatan penuh efisien itu, Maxis yakin para pelanggan dalam kalangan niaga dapat menjana transformasi perniagaan mereka menerusi sokongan pasukan pakar penyelesaian yang diiktiraf ICT bertaraf dunia dan terbesar di Malaysia.

Bukan itu sahaja. pakej alatan yang ditawarkan Maxis juga boleh dipercayai dan selalu siapsiaga untuk berkhidmat kepada untuk jutaan warga Malaysia; tak kira siapa anda dan di mana anda berada.

Maxis sentiasa menjamin nikmat kehidupan tenteram dengan pelbagai aplikasi Maxis dan Hotlink yang menawarkan pengebilan masa nyata, ganjaran bersesuian, pengurusan perkhidmatan dan banyak lagi..

Golongan usahawan juga boleh terus kekal dalam kawalan menerusi 'Maxis Business Hub', iaitu sebuah platform selamat, tunggal yang menawarkan kepada usahawan perniagaan atas permintaan, pengawasan hujung ke hujung dan masa nyata untuk penyelesaian mereka.

No Image Caption