Covid-19: 3,045 kes baharu, lima kematian

Seramai 26 pesakit Covid-19 ditempatkan di ICU setakat Ahad dengan 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. (Gambar hiasan)
Seramai 26 pesakit Covid-19 ditempatkan di ICU setakat Ahad dengan 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. (Gambar hiasan)
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 3,045 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad menjadikan keseluruhan sebanyak 4,735,547 kes dilaporkan sejak pandemik melanda negara.

Berdasarkan data di portal CovidNow, jumlah terbaharu itu turut merangkumi lima kes import selain lima kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,085 orang.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula adalah sebanyak 43,431, dengan 41,759 atau 96.2 peratus daripadanya dikuarantin di rumah.

Seramai 33 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,567 pesakit ditempatkan di hospital.

Sebanyak 26 kes pula ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh kekal melebihi kes baharu Covid-19 di negara ini dengan 4,226 kes sembuh dilaporkan semalam.