Ahmad Maslan harap Najib diberi keadilan di Mahkamah Persekutuan

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengharapkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diberi keadilan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin.

Ahli Parlimen Pontian itu turut berharap pasukan pembelaan Najib akan melakukan yang terbaik dan mempunyai masa yang mencukupi.

“Semoga pasukan pembelaan beliau akan melakukan yang terbaik. Diharap mereka cukup masa. Bersama kita mendoakan.

“Diberitakan beliau akan memberi 94 alasan mengapa dua mahkamah telah terkhilaf dalam membuat keputusan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Mahkamah Persekutuan pada Isnin akan mendengar rayuan Ahli Parlimen Pekan itu bagi membatalkan sabitan dan hukuman penjara dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Persekutuan menetapkan selama sembilan hari mulai Isnin untuk mendengar rayuan Najib supaya dibebaskan dan mengetepikan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes berkenaan.

Artikel Berkaitan: