Polis terima dua laporan kehilangan motosikal RXZ

Laporan Sinar Harian pada Ahad.
Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis menerima dua laporan berhubung kehilangan motosikal RXZ yang dilaporkan berlaku di daerah Kuala Nerus, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, laporan mengenai kehilangan motosikal melibatkan peserta program RXZ Members 4.0 itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

"Setakat ini pihak polis menerima dua laporan mengenai kehilangan motosikal yang dibuat pada petang Ahad dan ia dijadikan laporan Balai Polis Gong Badak kerana kejadian berlaku di kawasan itu.

"Siasatan mengenainya sedang dijalankan dimana kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan, iaitu jenayah mencuri kenderaan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Abdul Rahim berkata, kedua-dua motosikal yang diparkir di kawasan pagar sebuah rumah inap di Kampung Pak Tijah, di Kuala Nerus disedari hilang kira-kira jam 6 pagi pada Ahad.