Cubaan sebar ajaran sesat Hadi Minallah dikesan di Johor

Tangkap layar video majlis perhimpunan yang dianjurkan kumpulan ajaran Hadi Minallah di Langkawi pada Jun lalu. Gambar kecil: Mohd Fared
Tangkap layar video majlis perhimpunan yang dianjurkan kumpulan ajaran Hadi Minallah di Langkawi pada Jun lalu. Gambar kecil: Mohd Fared
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Islam Negeri Johor (JAINJ) mengesahkan terdapat cubaan menyebarkan ajaran sesat Hadi Minallah di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, terdapat cubaan anggota ajaran sesat berkenaan menyebarkan fahaman terbabit di daerah Kota Tinggi.

"JAINJ dapat maklumat ajaran ini cuba dibawa masuk ke Johor dan dikesan di Kota Tinggi. Kita tahu pergerakan mereka dan mahu beri amaran supaya segera berhenti sebelum tangkapan dilakukan.

"Menerusi siasatan yang dilakukan, mereka bukan orang Johor pun (cubaan sebarkan ajaran sesat) cuma penganutnya sahaja baharu cuba masuk ke Johor, namun kita sedang menyiasat dan mencegah perkara ini dari terus berleluasa,"katanya.