Dua lelaki ditahan bersama peralatan pecah rumah

Dua lelaki ditahan bersama peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah. - Foto Facebook IPD Daerah Manjung
Dua lelaki ditahan bersama peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah. - Foto Facebook IPD Daerah Manjung
A
A
A

LUMUT - Dua lelaki ditahan polis bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah sekitar daerah Manjung di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lelaki berusia 39 dan 40-an tahun itu ditahan sekitar jam 6 pagi di Kampung Koh, Sitiawan di sini selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan.

"Pasukan unit kereta peronda (MPV) yang membuat rondaan telah menahan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki dua suspek berkenaan.

"Hasil pemeriksaan menemukan sebilah pisau bersama pemotong besi, playar dan gunting yang disimpan dalam sebuah beg dipercayai digunakan dalam aktiviti pecah rumah," katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau dalam kes jenayah dan dadah.

"Suspek berusia 39 tahun itu merupakan individu dikehendaki polis di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan serta mempunyai 41 rekod lampau manakala rakannya pula mempunyai 23 rekod kesalahan lampau.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk siasatan lanjut," katanya.

Nor Omar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Artikel Berkaitan: