Waris warga emas usia 86 tahun dicari

Hospital Shah Alam mencari waris wanita dipercayai berasal dari Jakarta, Indonesia yang dimasukkan ke hospital itu Isnin lalu.
Hospital Shah Alam mencari waris wanita dipercayai berasal dari Jakarta, Indonesia yang dimasukkan ke hospital itu Isnin lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Hospital Shah Alam sedang mengesan waris seorang wanita warga emas dipercayai berasal dari Jakarta, Indonesia yang dimasukkan ke hospital itu pada Isnin lalu.

Hospital Shah Alam dalam kenyataannya memaklumkan, wanita dikenali sebagai Helena berusia 86 tahun itu dijumpai orang awam di tepi jalan Taman bukit Naga, Seksyen 26 di sini dan dibawa ke hospital itu dengan ambulans.

Menurut kenyataan itu, wanita itu kini ditempatkan di wad pelbagai disiplin (MDW) untuk rawatan lanjut.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali pesakit boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam Hospital Shah Alam di talian 03-55263000 atau 03-55264000 untuk urusan selanjutnya.