MAIWP cadang tubuh Majlis Perundangan Kewangan Sosial Islam

Mohd Daud bercakap pada Majlis Diskusi MAIWP 'Instrumen Sumber Kewangan Islam Dalam Organisasi' pada Khamis. - Foto Bernama
Mohd Daud bercakap pada Majlis Diskusi MAIWP 'Instrumen Sumber Kewangan Islam Dalam Organisasi' pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan meneliti cadangan penubuhan sebuah Majlis Perundingan Kewangan Sosial Islam yang dijangka dapat diwujudkan pada akhir tahun ini.

Pengerusi MAIWP, Tan Sri Mohd Daud Bakar berkata, majlis perundingan itu dapat berperanan sebagai platform perbincangan pelbagai perkara berkaitan kewangan sosial Islam bagi menghubungkan serta mempertingkat sinergi berkaitan.

Menurutnya, ahli majlis tersebut akan dipilih daripada kalangan individu, wakil sektor korporat serta badan bukan kerajaan (NGO) manakala MAIWP akan bertindak sebagai sekretariat.

"Kita akan menguar-uarkan mereka (ahli) terbabit pada masa akan datang selain pelan bagi meneroka pelbagai sumber dana baharu sistem kewangan Islam untuk mencorak dan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan kepada masyarakat.

"Majlis itu juga boleh menjadi satu platfom kerjasama bagi penyampaian sumbangan yang lebih efektif dan menyeluruh,” katanya pada majlis diskusi MAIWP: Instrumen Sumber Kewangan Islam Dalam Organisasi di sini, pada Khamis. - Bernama