Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NILAI ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh minat belian yang meningkat walaupun harga minyak mentah mencatatkan penurunan, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4410/4440 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada paras 4.4545/4570.

Penganalisis itu berkata, ringgit dijangka melantun semula berbanding dolar AS apabila asas makro Malaysia bertambah baik menjelang akhir tahun.

Pemulihan itu juga akan disokong oleh penyongsangan jurang kadar faedah antara Bank Negara Malaysia dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, tekanan konflik geopolitik yang menurun dengan ketara dan peningkatan keyakinan dalam kalangan pelabur.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2392/2419 daripada 3.2333/2356 pada penutupan Rabu dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.4216/4252 daripada 5.3828/3858 sebelumnya.

Mata wang tempatan juga lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3446/3471 daripada 3.3004/3025 pada Rabu dan merosot berbanding euro kepada 4.5733/5764 daripada 4.5547/5573 pada penutupan semalam. - Bernama