Bot pelancong terbakar di Semporna

Ag Ahmad Zaki Abu Bakar
Ag Ahmad Zaki Abu Bakar
A
A
A

SEMPORNA - Lebih lapan penumpang bot yang juga pelancong tempatan dalam perjalanan ke Pulau Mabul hari ini cemas apabila pengangkutan air dinaiki itu terbakar berhampiran Pulau Menampilik di sini.

Perkara itu dikongsikan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Sabah, Ag Ahmad Zaki Abu Bakar dalam satu kenyataan ringkas di aplikasi Whatsapp sebentar tadi.

Ag Ahmad berkata dalam kejadian itu beberapa pelancong mengalami kecederaan ringan iaitu melecur di bahagian kaki.

Ag Ahmad turut berkongsi dua video menunjukkan asap keluar dari bahagian belakang bot yang terbakar dan penumpangnya diselamatkan oleh sebuah bot pelancong lain.

Video yang dikongsikan itu turut memperlihatkan kaki mangsa yang melecur di sapu ubat.

Ag Ahmad dalam pada itu berkata kemungkinan besar bot itu dikendalikan pengusaha pelancong tidak berdaftar.

Katanya, sehingga itu tiada maklumat terperinci diperolehi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Peter Ak Umbuas berkata pihaknya menyiasat insiden tersebut dan setakat 6.51 petang polis tidak menerima sebarang laporan dari mana-mana pihak berhubung perkara tersebut. -Bernama

Artikel Berkaitan: