Jumlah kanak-kanak terabai meningkat

MOHD NOR HAMZAH
MOHD NOR HAMZAH
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah kanak-kanak yang terbiar dan terabai akibat masalah ibu bapa seperti penagihan dadah, penceraian dan masalah sosial dikesan meningkat di negeri ini dalam tempoh tiga tahun sejak 2016.

Pengerusi Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohamad Nor Hamzah berkata, pada 2016, 39 kanak-kanak terlibat iaitu seramai 23 akibat masalah penagihan dadah, tujuh kanak-kanak (penceraian) dan sembilan kanak-kanak (masalah sosial).

Menurutnya, bagi tahun 2017, seramai 68 kanak-kanak dikesan terabai iaitu seramai 36 kanak-kanak akibat ibu bapa penagih, 16 kanak-kanak (penceraian) dan 16 akibat masalah sosial.

“Pada tahun lalu, kita mengesan seramai 105 kanak-kanak terdiri daripada 30 kanak-kanak yang ibu bapanya terlibat dalam penagihan dadah, 23 kanak-kanak terabai akibat penceraian dan 52 kanak-kanak terbiar disebabkan masalah sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Ir Saiful Azmi Suhaili (Pas-Kemasik) mengenai statistik kanak-kanak terabai dan terbiar di Terengganu pada Persidangan DUN, hari ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!