Sila log masuk terlebih dahulu.

Ada pondok guna kitab kontroversi

10 Ogos 2022 | Video Shorts
A
A
A

Ada pondok guna kitab kontroversi

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni mendedahkan ada pondok yang menggunakan kitab kontroversi dalam silibus pengajian mereka.

Antaranya, kitab Jawshan Kabir yang cenderung kepada Syiah dan menurut beliau walaupun boleh dibaca namun seeloknya dielakkan kepada orang awam bagi mengelak salah faham dalam masyarakat.

Dalam masa sama, katanya sekolah-sekolah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menggunakan kurikulum kebangsaan dan Maahad Al-Azhar.

Mohd Zawawi berkata demikian ketika program Wacana Sinar Harian Siri 360 bertajuk ‘Pondok bukan sarang ekstremis‘ pada Selasa.

Untuk video penuh:

Youtube: https://youtu.be/RL11CYr73eQ

Muzik: www.bensound.com

#WacanaSinar #SinarUntukMalaysia