Penunggang p-hailing wajib miliki GDL

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pindaan tiga akta pengangkutan menyaksikan penunggang motosikal khidmat penghantaran makanan (p-hailing) diwajibkan memiliki Lesen Memandu Vokasional (GDL).
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715] yang akan dibentangkan pada sesi akan datang turut membabitkan had umur penunggang p-hailing diturunkan daripada umur 21 kepada 18 tahun.
"Secara dasarnya kabinet telah bersetuju dengan kesemua draf pindaan RUU tersebut," katanya.
Menurutnya, GDL amat penting kerana ia membolehkan MOT mengawal selia ekonomi gig dengan baik.