Penganggur dipenjara lima tahun miliki senjata berbahaya

Tertuduh diiringi anggota polis di pekarangan Mahkamah Sesyen di Kuala Pilah pada Isnin.
Tertuduh diiringi anggota polis di pekarangan Mahkamah Sesyen di Kuala Pilah pada Isnin.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah pisau di tempat awam tahun lepas.

Keputusan itu dibuat Hakim Norma Ismail selepas tertuduh B Vimel, 26, mengaku salah atas pertuduhan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dalam milikannya, satu senjata berbahaya iaitu satu bilah pisau berhulu warna coklat ukuran panjang lebih kurang 24 sentimeter (cm) di tempat awam.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pekarangan Taman Perumahan Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin pada 25 Mac tahun lalu.