Primula Pink Ride gamit pelancong berlibur ke Terengganu

Para peserta mengayuh basikal sejauh 47 kilometer melibatkan beberapa tempat menarik seperti Bandar Baharu Kuala Nerus, Pantai Seberang Takir (Pantai Miami) dan Terengganu Drawbridge.
Para peserta mengayuh basikal sejauh 47 kilometer melibatkan beberapa tempat menarik seperti Bandar Baharu Kuala Nerus, Pantai Seberang Takir (Pantai Miami) dan Terengganu Drawbridge.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Primula Pink Ride, program kayuhan berbasikal terbesar dianjurkan Primula Beach Hotel mampu meningkatkan kedatangan pelancong ke negeri ini selain mempromosikan aktiviti sukan terutamanya berbasikal.

Pengurus Besar Primula Beach Hotel, Suaibah Harun berkata, pada tahun ini, ia menarik penyertaan 850 peserta dari pelbagai kelab berbasikal di dalam dan luar Terengganu.

Menurut beliau, Primula Pink Ride telah dimasukkan ke dalam ‘TIG Challenge Series 2022’ yang merupakan buku aktiviti tahunan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd selaku penaung anak-anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.

“Program ini bertujuan memperomosikan sukan berbasikal sebagai aktiviti menarik yang sinonim dengan negeri Terengganu melalui tawaran pakej ‘experience tourism’ hasil penglibatan dan pengalaman peribadi peserta.

“Ia juga untuk memupuk semangat kerjasama dan perkukuhkan hubungan Primula Beach Hotel dengan peserta serta pelbagai pihak seperti jabatan, agensi, media dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara,” katanya di sini pada Ahad.

Primula Pink Ride diadakan pada Sabtu bermula jam 7 pagi dengan kayuhan sejauh 47 kilometer melibatkan beberapa tempat menarik seperti Bandar Baharu Kuala Nerus, Pantai Seberang Takir (Pantai Miami) dan Terengganu Drawbridge.

Ia disempurnakan Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman dan pelbagai hadiah lumayan seperti wang tunai RM10,000, telefon pintar iPhone13 serta barangan kemas disediakan kepada peserta bertuah.

Seorang peserta teruja apabila memenangi wang tunai bernilai RM10,000 dalam cabutan bertuah.
Seorang peserta teruja apabila memenangi wang tunai bernilai RM10,000 dalam cabutan bertuah.

Sementara itu, Suaibah berkata, sepanjang kayuhan tersebut para peserta turut diperkenalkan kepada kawasan Bandar Baharu Kuala Nerus sebagai destinasi pelancongan yang bakal menjadi tarikan terbaharu pengunjung ke Terengganu.

Jelas beliau, program itu juga bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk pelancongan di terdapat di daerah khususnya di Kuala Terengganu kepada pelancong sekali gus menjana sumber pendapatan hotel serta perniagaan setempat.

“Syukur, program ini dapat sambutan positif dan kami harap ia dapat diteruskan pada masa akan datang untuk menarik pengunjung datang ke Terengganu selain menyumbang kepada ekonomi dalam sektor pelancongan melalui aktiviti sukan,” katanya.