Kloop sukar terima terikat dengan Fulham

Salah (kiri) dan Nunez meraikan gol jaringan masing-masing ketika berdepan Fulham. - Foto This Is Anfield
Salah (kiri) dan Nunez meraikan gol jaringan masing-masing ketika berdepan Fulham. - Foto This Is Anfield
A
A
A

TERIKAT 1-1 ketika berdepan Fulham pada Sabtu nyata satu keputusan sukar diterima oleh pengendali Liverpool, Jurgen Klopp yang menyifatkan skuad kendaliannya itu seharusya memenangi perlawanan berkenaan.

Malah menurut Klopp, aksi hambar yang dipamerkan kesebelasan Liverpool pada perlawanan berkenaan turut mengecewakannya.

“Saya benar-benar kecewa dengan keadaan ini..jika ada skala 10 saya akan berikan 12 bagi menggambarkan kecewanya saya.

“Ini kerana keputusan perlawanan ini cukup penting bagi kita untuk meraih tiga mata yang cukup berharga.

“Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku... mujurlah berjaya menjaringkan dua gol pada perlawanan bagi membolehkan kita meraih satu mata,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan penyerang Fulham, Aleksandar Mitrovic membuka jaringan pada minit ke-32, namun pemain gantian Liverpool, Darwin Nunez menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64.

Mitrovic kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-72 sebelum Mohamed Salah menyamakan kedudukan pada minit ke-80 sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 hingga tamat perlawanan.

Sementara itu Klopp menegaskan dia akan memikul tanggungjawab di sebalik kekalahan berkenaan, namun berharap agar The Reds dapat kembali ke landasan kemenangan selepas ini.

“Saya akan bertanggungjawab atas keputusan (seri) ini.

Memang agak mengejutkan kerana kita beraksi dengan baik pada aksi pra-musim Sabtu lalu dan tujuh hari kemudian aksi kita menjadi tunggang-langgang.

“Ia memang tidak masuk akal, tetapi kita cuba untuk memperbaikinya agar ia tidak berulang lagi pada perlawanan akan datang,” katanya.