Lebih 50 ekor lembu ditemui mati secara misteri

Punca sebenar kematian lebih 50 ekor lembu di sebuah pusat perlindungan haiwan di kawasan Hasanpur, Amroha masoh belum diketahui. - Foto Jagran
Punca sebenar kematian lebih 50 ekor lembu di sebuah pusat perlindungan haiwan di kawasan Hasanpur, Amroha masoh belum diketahui. - Foto Jagran
A
A
A

NEW DELHI - Lebih 50 ekor lembu di sebuah pusat perlindungan haiwan di kawasan Hasanpur di daerah Amroha di negeri Uttar Pradesh pada Khamis ditemui mati secara misteri.

Ia telah mencetuskan gelombang kejutan di seluruh negara dan mendorong supaya siasatan berhubung kematian haiwan itu dilakukan dengan segera.

Siasatan awal mendedahkan bahawa lembu itu jatuh sakit sejurus selepas diberi makan oleh kakitangan di pusat perlindungan itu, kata Majistret daerah Amroha, Bal Krishna Tripathi kepada agensi berita India IANS.

Bercakap kepada akhbar harian berbahasa Inggeris, The Hindu, Tripathi berkata: “Nampaknya ini adalah kes keracunan yang disengajakan. Kami telah menghantar sampel untuk siasatan dan sedang menunggu laporan".

Pegawai-pegawai dari Jabatan Penternakan Haiwan dan doktor haiwan dikejarkan ke tempat kejadian untuk merawat lembu tersebut.

Kes polis telah difailkan terhadap orang yang menyediakan makanan kepada tempat perlindungan itu. – Agensi