Jepun lulus undang-undang bawa masuk pekerja asing

Kumpulan protes membantah undang-undang yang membenarkan kemasukan pekerja asing ke Jepun
Kumpulan protes membantah undang-undang yang membenarkan kemasukan pekerja asing ke Jepun
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, hari ini meluluskan undang-undang untuk membawa lebih ramai pekerja asing kolar biru ke negara itu di bawah langkah kontroversi untuk mengatasi kekurangan tenaga buruh yang kronik.

Di bawah langkah baharu itu, kerajaan merancang untuk membawa sehingga 345,000 pekerja asing dalam sektor pembinaan, perkhidmatan makanan, kejururawatan dan lain-lain selama lima tahun.

Rang undang-undang itu digubal selepas Dewan Negara memberi kelulusan walaupun berdepan kritikan parti pembangkang selepas ia disokong Parlimen akhir bulan lalu.

"Kami merancang untuk melaksanakannya pada April depan kerana kerana perlu segera melancarkan sistem baharu untuk berdepan masalah kekurangan buruh," kata Abe pada Khamis lalu.

Sebelum ini, parti pembangkang mendakwa undang-undang tersebut gagal menangani impak pelaksanaannya terhadap masyarakat setempat selain tidak melindungi hak golongan terbabit. - AFP

Artikel Berkaitan: