Hamzah temui PM esok, bincang perjanjian PN

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Akademi MAB, Kelana Jaya pada Rabu. -Foto Bernama
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Akademi MAB, Kelana Jaya pada Rabu. -Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pada Khamis bagi membincangkan lebih lanjut mengenai perjanjian PN.

“Insya-ALLAH saya akan bertemu dengan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, esok hari,” katanya pada sidang media di Akademi MAB di sini, pada Rabu.

Terdahulu, beliau hadir bagi merasmikan persidangan sempena sambutan Hari Dunia Menentang Pemerdagangan Orang.

Sebelum ini, pemimpin PN melahirkan rasa kecewa terhadap Perdana Menteri yang dilihat tidak bersungguh-sungguh memenuhi terma-terma penting yang terkandung dalam perjanjian bersama PN.

Dipercayai, antara terma perjanjian itu termasuk isu pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Hamzah berkata, ia semakin hampir.

“Sudah dekat,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, kekerapan berbincang mengenai tarikh PRU15 akan memberi kesan kepada kestabilan politik.

Namun begitu, Ismail Sabri tidak menolak bahawa setiap hari negara semakin hampir dengan tarikh PRU15.