Banjir kilat: Satu PPS di buka di Pontian

PPS dibuka di SK Seri Bukit Panjang menempatkan seramai 22 mangsa banjir di Pontian. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
PPS dibuka di SK Seri Bukit Panjang menempatkan seramai 22 mangsa banjir di Pontian. - Foto Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
A
A
A

PONTIAN - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pontian selepas hujan lebat lebih dua jam, pada petang Selasa.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pontian memakumkan, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bukit Panjang dibuka pada jam 8 malam, menempatkan 22 mangsa daripada enam keluarga.

"Kejadian banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan melebihi dua jam semalam yang bertembung dengan air pasang.

"Ia menyebabkan 22 mangsa daripada enam keluarga di Kampung Seri Bukit Panjang dipindahkan malam Selasa," menurutnya dalam kenyataan, pada Rabu.