Kes baharu Covid-19 meningkat hampir 1,000 kes

Jangkitan kes baharu Covid-19 pada Selasa kembali meningkat. - Gambar hiasan
Jangkitan kes baharu Covid-19 pada Selasa kembali meningkat. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM- [DIKEMASKINI] Kes baharu Covid-19 dilaporkan meningkat hampir 1,000 kes pada Selasa, iaitu 4,204 kes berbanding 3,213 pada hari sebelumnya.

Berdasarkan data di portal CovidNow, ia menjadikan kes baharu harian bertambah kepada 4.687 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Selain itu, sebanyak lapan kes kematian dicatatkan pada Selasa, dengan dua daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Bagi kes aktif Covid-19 pula, sebanyak 44, 278 kes dengan 96.3 peratus atau 42,661 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, sebanyak 1,537 kes kini dirawat di hospital dengan 56 daripadanya ditempatkan di wad ICU.

Seramai 36 pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan manakala jumlah kes sembuh yang dicatatkan adalah 4,582.