RUU kawalan produk tembakau dibawa ke JPK Parlimen

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Selasa bersetuju membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen bagi penelitian lanjut.

Usul RUU berkenaan yang kini masih berada di peringkat bacaan kali kedua telah dibahaskan selama dua hari oleh 12 ahli Parlimen.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, berikutan usul itu akan di bawa ke jawatankuasa khas, maka tiada pengundian dilakukan pada Selasa.

Khairy dalam ucapan penggulungan sebelum itu, mengakui terdapat pandangan yang berbeza-beza dalam kalangan ahli Parlimen berhubung RUU tersebut.

RUU yang telah dibentang untuk bacaan kali kedua itu antara lain untuk menggubal peruntukan generasi penamat (GEG) bagi melindungi golongan muda Malaysia daripada terjebak dengan tabiat merokok.