Mara Corp sumbang RM45,000 kepada mangsa banjir Kedah

Othman (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada pelajar yang terkesan akibat kepala air dan banjir buruk di Kedah.
Othman (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada pelajar yang terkesan akibat kepala air dan banjir buruk di Kedah.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan Mara Corporation (Mara Corp) menyerahkan sumbangan wang tunai RM45,000 kepada 600 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat banjir di Kedah.

Mara Corp dalam kenyataan memaklumkan, sumbangan berkenaan telah diserahkan oleh Pengerusinya, Datuk Othman Aziz dan Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Mohd Razman Yaacob kepada pelajar di tiga sekolah melibatkan masing-masing 300 pelajar sekolah rendah dan menengah di Baling, Kedah pada Isnin.

Program Penyelarasan Mara Prihatin@Baling itu merupakan kerjasama antara Pejabat Mara Negeri (PMN) Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah Baling, anak syarikat serta agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan objektif membantu mangsa yang terkesan akibat kejadian kepala air dan banjir buruk baru-baru ini.

Murid sekolah rendah di Baling, Kedah yang menerima sumbangan daripada Mara Corp.
Murid sekolah rendah di Baling, Kedah yang menerima sumbangan daripada Mara Corp.

Kenyataan itu turut memaklumkan, PMN Kedah juga mengambil inisiatif melaksanakan penilaian situasi banjir bagi mengenalpasti keadaan mangsa temasuk rumah dan infrastruktur awam seperti sekolah, surau dan lain-lain melalui program berkenaan.

Di samping itu tiga fasa permulihan juga dijalankan bagi membantu mangsa banjir di kawasan tersebut antaranya proses pembersihan, agihan makanan dan keperluan serta kerja pembaikan rumah.