Sudan catat kes cacar monyet pertama

Sudan pada Ahad mengesahkan kes pertama cacar monyet.- Gambar hiasan/AFP
Sudan pada Ahad mengesahkan kes pertama cacar monyet.- Gambar hiasan/AFP
A
A
A

KHARTOUM - Sudan pada Ahad mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu.

Menurut Kementerian Kesihatan Sudan, pesakit merupakan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Dafur Barat, wilayah di bahagian utara, lapor Agensi Anadolu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu mengisytiharkan wabak cacar monyet atau monkeypox sebagai kecemasan kesihatan global berikutan virusnya yang terus merebak.

Menurut statistik WHO, sejak dikesan pada Mei lepas, virus itu telah menjangkiti lebih 16,000 orang di 75 negara.

Virus cacar monyet menunjukkan simptom yang serupa tetapi kurang sedikit daripada cacar, termasuk demam, ruam dan bengkak pada nodus limfa.

Jangkitannya ke atas indidvidu adalah terhad, namun boleh disebarkan melalui sentuhan dengan cecair badan, luka pada kulit atau permukaan mukosa dalaman seperti dalam mulut atau tekak, titisan pernafasan dan objek tercemar. - Bernama