935 notis kesalahan libatkan pemandu kenderaan perdagangan

JPJ memeriksa sebuah kenderaan perdagangan dalam operasi yang diadakan pada Khamis lalu. (Gambar kecil: Kamarul Iskandar)
JPJ memeriksa sebuah kenderaan perdagangan dalam operasi yang diadakan pada Khamis lalu. (Gambar kecil: Kamarul Iskandar)
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 935 notis dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan perdagangan atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi Khas Lebih Muatan yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 475 saman dikeluarkan hasil pemeriksaan 2,056 kenderaan perdagangan dalam operas terbabit.

“Daripada jumlah keseluruhan saman, sebanyak 113 kenderaan diarahkan supaya melakukan timbang berat di stesen penguatkuasa (timbang) manakala tujuh daripadanya dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

“Selain itu, antara kesalahan ketara ialah pemandu lori tidak mempunyai lesen memandu dan tiada lesen kenderaan perdagangan (GDL) selain tiada cukai jalan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau menjelaskan operasi yang diadakan di setiap Pejabat Cawangan dan Stesen Penguatkuasa (Timbang) di seluruh Pahang melibatkan 105 pegawai dan anggota JPJ.

Dalam pada itu, Kamarul Iskandar berkata, operasi itu dijalankan bagi memastikan semua kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

“Kita mahu menjamin tahap 'roadworthiness' dan semua mereka ini perlu mematuhi had muatan yang dibenarkan bagi menjamin keselamatan nyawa serta harta pengguna jalan raya,” katanya.

Sehubangan itu, beliau turut meminta supaya orang awam supaya menyalurkan aduan sekiranya mengesan salah guna trafik.

“ Aduan boleh disalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” ujarnya.