Warga emas hilang selepas keluar rumah

Mairan dilaporkan hilang lebih seminggu di Teluk Intan. Foto: ihsan pembaca
Mairan dilaporkan hilang lebih seminggu di Teluk Intan. Foto: ihsan pembaca
A
A
A

TELUK INTAN - Polis mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Rancangan Pinggir, Jalan Bidor- Ayer Hitam, di sini sejak lapan hari lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan diterima melibatkan kehilangan Mairan Basir, 66, yang keluar bersendirian dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave 100 berwarna biru.

"Lelaki itu kebiasaannya keluar rumah untuk minum pagi dan akan pulang selepas sejam.

"Namun, sehingga Ahad lalu, warga emas terbabit masih belum pulang ke rumah dan kes diklasifikan sebagai orang hilang," katanya di sini pada Ahad.

Menurutnya, warga emas terbabit mengalami strok ringan yang menjejaskan pertuturan.

"Dia yang kali terakhir memakai baju T berwarna biru, seluar berwarna gelap dan memakai selipar dipercayai nyanyuk dan sering bercakap sendirian.

"Polis giat mengesan lelaki berkenaan melibatkan kawasan Teluk Intan dan Hutan Melintang namun, sehingga kini belum ditemui lagi," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Chui Chak, Sarjan Mejar Murad Lazis di talian 012-4351087 atau mana-mana balai polis berhampiran.