4,271 kes baharu Covid-19, empat kematian

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kepada 4.639 juta. - Foto 123rf
Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kepada 4.639 juta. - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - Negara merekodkan sebanyak 4,271 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kepada 4.639 juta.

Berdasarkan data portal CovidNow empat kematian akibat Covid-19 dilaporkan termasuk satu kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID) semalam.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat virus itu kepada 35,960.

Sementara itu, jumlah terkini kes aktif Covid-19 dalam negara adalah 47,014 kes dengan 96.8 peratus daripadanya atau 45,487 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 1,446 lagi kes dirawat di hospital manakala 62 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 34 daripadanya memerlukan alatan bantuan pernafasan.

Kes sembuh baharu Covid-19 pada Sabtu adalah berjumlah 5,553 kes.