X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita UMNO, Muslimat Pas sertai bacaan Yasin

Wanita UMNO dan Muslimat Pas sertai bacaan Yasin.
A
A

SEREMBAN - Wanita UMNO dan Muslimat Pas kini semakin agresif berkempen rumah ke rumah untuk meraih undi.

Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Latteffa Ali Kunju berkata, meskipun tidak mempunyai pengalaman kempen bersama, namun keserasian jelas begitu positif.

"Matlamat kita (UMNO dan Pas) adalah untuk memastikan kemenangan berpihak kepada calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Berdasarkan kempen rumah ke rumah ahli Pas dan juga pengundi tempatan, calon kita (Mohamad) begitu disenangi ramai," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Bacaan Yassin dan Munajat di Kampung Kuala Sawah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Muslimat Pas Negeri Sembilan, Fazilah Abu Samah.

Katanya, kempen rumah ke rumah amat penting bagi melihat penerimaan pengundi tempatan terhadap calon yang bertanding.

Dalam perkembangan sama, Wanita UMNO dan Muslimat Pas juga telah merangka 12 program bacaan yassin di rumah-rumah pemimpin kedua-dua parti yang akan melibatkan pengundi tempatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus