Covid-19: 4,860 kes baharu, 10 kematian direkod

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,860 kes pada Jumaat dengan 10 kematian termasuk satu kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut di negara bertambah kepada 4,672,999 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan sebanyak 48,300 kes, dengan 46,334 atau 95.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 23 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,883 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 60 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 34 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 26 lagi memerlukan mesin ventilator.

Jumlah kemasukan tertinggi dicatatkan di Selangor (159), diikuti Johor (94) dan Sabah (75).

Pada masa sama, negara turut merekodkan sebanyak 3,836 kes sembuh.