'Wan Junaidi' minta duit di Telegram

Perbualan antara individu yang menyamar sebagai Wan Junaidi dengan mangsa.
Perbualan antara individu yang menyamar sebagai Wan Junaidi dengan mangsa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang individu didakwa menyamar sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan meminta wang menerusi aplikasi Telegram.

Perkara itu didedahkan oleh Wan Junaidi di laman Facebooknya pada Jumaat.

"Saya ingin memaklumkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambar saya untuk meminta wang tunai melalui aplikasi Telegram," katanya.

Menurutnya, pihak yang menerima mesej penipuan itu di mana-mana aplikasi dinasihati agar mengabaikannya atau menyekat dan membuat laporan kepada pembangun aplikasi yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab.

"Sekiranya ada yang tertipu, diminta segera membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya pihak terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.

"Semoga ALLAH melindungi kita semua daripada segala penipuan," katanya.