Bunga Raya 7’s teruja berdepan gergasi ragbi dunia

Saizul Hafifi memaklumkan anak-anak buahnya kini cukup bersedia dari segi fizikal dan mental menjelang aksi pertama berdepan Afrika Selatan.
Saizul Hafifi memaklumkan anak-anak buahnya kini cukup bersedia dari segi fizikal dan mental menjelang aksi pertama berdepan Afrika Selatan.
A
A
A

SKUAD ragbi negara memberi jaminan sudah bersedia memberikan tentangan sengit kepada jagoan ragbi dunia apabila saingan peringkat kumpulan Sukan Komanwel Birmingham 2022 menyingkap tirai di Stadium Coventry pada Jumaat.

Pengendali skuad Bunga Raya 7’s, Mohd Saizul Hafifi Md Noor berkata, barisan pemainnya begitu teruja apabila mendapat peluang berdepan Afrika Selatan, Scotland dan Tonga.

“Insya-ALLAH, kita akan buat sehabis baik yang mampu apabila berdepan pasukan-pasukan hebat dunia ini. Sasaran pasukan adalah mendapatkan try bagi setiap perlawanan.

“Dalam tempoh empat tahun selepas Sukan Komanwel di Gold Coast, kita tidak pernah bertemu pasukan Afrika Selatan. Apabila kita bertemu pasukan ini (semula), dua minit pertama permainan paling penting,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Selepas menentang Afrika Selatan, skuad Bunga Raya yang diundi dalam Kumpulan B bakal berdepan Scotland pada 28 Julai, diikuti Tonga (30 Julai).

Pada masa sama, Saizul Hafifi memaklumkan, anak-anak buahnya kini cukup bersedia dari segi fizikal dan mental menjelang aksi pertama berdepan Afrika Selatan.

“Semua pemain dalam keadaan baik. Gemuruh? Saya tidak pasti, itu kena tanya pada pemain sendiri. Yang saya pasti mereka begitu bersemangat dan ingin memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan nanti,” ujarnya.