X

Kindly register in order to view this article
!

Sindiket jual bayi: Suspek disambung reman 3 hari

Laporan muka depan akhbar Sinar Harian yang membongkar mengenai kegiatan sindiket jual bayi ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menyambung reman tiga hari lagi suspek wanita yang dipercayai adalah dalang utama kegiatan pemerdagangan bayi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (D7C) Bukit Aman, Datuk Maszely Minhad berkata, reman tersebut bermula hari ini sehingga Khamis.

"Lanjutan tempoh tiga hari lagi reman diperoleh untuk kita lengkapkan siasatan.

"Ada beberapa perkara perlu dilengkapkan oleh pegawai penyiasat sebelum merujuk kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut," katanya kepada Sinar Harian.

Khamis lalu, polis menahan suspek berusia 58 tahun itu di pejabatnya di Jalan Rashaturai Kuala Kubu Bharu, Selangor, kira-kira jam 4 petang. Turut dirampas telefon bimbit jenis Huawei milik suspek.

Kemudian, permohonan reman suspek telah dibuat di Mahkamah Majistret Selayang dan dibenarkan selama enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 ATIPSOM 2007.

ARTIKEL BERKAITAN:

Wanita ditahan bantu siasatan sindiket jual bayi di Rawang

Polis buru wanita dalang jual bayi

Terdahulu, Sinar Harian membongkar kegiatan pemerdagangan bayi yang kembali aktif apabila menjadikan rumah-rumah jagaan gadis terlanjur sebagai lubuk mendapatkan 'bekalan' bayi untuk dijual.

Susulan pembongkaran tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertindak melakukan pemeriksaan terhadap rumah transit untuk wanita mengandung yang didakwa terlibat dalam sindiket jual beli bayi.

Modus operandinya mudah yang mana rumah jagaan terbabit akan mengambil kesempatan ke atas gadis-gadis yang mengandung luar nikah. Selepas bersalin, gadis terlanjur perlu menyerahkan bayi mereka kepada pusat jagaan tersebut yang sudah mempunyai pembeli.

Jika tidak golongan gadis berkenaan perlu membayar lebih RM9, 500 sebagai kos penjagaan semasa mengandung dan bersalin.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus