Sabah FC hampakan PJ City di Petaling Jaya

Pemain PJ City FC, K.Gurusamy melompat bagi melepasi asakan pemain Sabah FC, Gray Steven Robbat Pemain Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ, malam Selasa. - Foto Bernama
Pemain PJ City FC, K.Gurusamy melompat bagi melepasi asakan pemain Sabah FC, Gray Steven Robbat Pemain Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium MBPJ, malam Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

SKUAD Sabah FC mengukuhkan kedudukan di tangga kedua Liga Super apabila menewaskan PJ City FC 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam Selasa.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu ketinggalan 0-1 apabila penyerang PJ City FC, Darren Lok menanduk masuk sepakan sudut pada minit ke-34 bagi menewaskan penjaga gol Sabah FC, Khairul Fahmi Che Mat.

Bagaimanapun, Sabah FC kembali bangkit pada babak kedua bagi menjaringkan gol penyamaan menerusi Taiki Kagayama pada minit ke-48.

Pemain gantian Irfan Fazail kemudian menjaringkan gol kedua Sabah FC pada minit ke-75 bagi mengesahkan kemenangan.

Biarpun cuba bangkit di penghujung perlawanan, namun PJ City FC dilihat gagal menembusi benteng pertahanan Sabah FC bagi menjaringkan gol penyamaan hingga ke wisel penamat.