De Gea mahu habiskan karier di Old Trafford

De Gea menyifatkan keputusannya untuk menyertai Manchester United pada 2011 merupakan perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.
De Gea menyifatkan keputusannya untuk menyertai Manchester United pada 2011 merupakan perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.
A
A
A

PENJAGA gawang Manchester United, David de Gea mendedahkan bahawa dia mahu menamatkan kariernya bersama The Red Devils.

Menurut De Gea, dia menyifatkan keputusannya untuk menyertai United pada 2011 merupakan salah satu perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.

“Saya sangat gembira berada di sini. Jadi saya mahu kekal selama mungkin bersama kelab ini.

“Ia adalah satu keistimewaan dan penghormatan untuk berada dalam kelab ini. Berada di United merupakan perkara terbaik dalam hidup saya, dan saya bangga menjadi sebahagian daripada kelab ini,” katanya.

Sejak tiba dari Atletico Madrid pada 2011, De Gea telah tampil dalam 487 perlawanan bersama United.

De Gea juga berpeluang berada dalam kelompok 10 pemain United yang paling banyak beraksi sekiranya dia membuat 24 penampilan pada musim hadapan.

Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan cara pengurus baharu United, Erik ten Hag mengendalikan pasukan, De Gea nyata gembira dengan pendekatan yang dibawa jurulatih itu.

Ujarnya, dia percaya Ten Hag mampu membantu United menjulang The Red Devils untuk kembali menjadi gergasi Eropah.

“Pada musim lepas ia sangat sukar dan kadangkala itu memalukan. Cara kami bermain agak kucar kacir.

“Jadi kita harus belajar dari musim lalu bahawa ia tidak boleh berlaku lagi. Kalah 4-0 atau 5-0, ia tidak boleh diterima.

“Kami memerlukan budaya bola sepak yang lebih baik, di mana mereka hanya memikirkan tentang bola sepak, tiada yang lain," katanya.