Rusia tutup bekalan gas boleh cetus kemelesetan di Eropah

 IMF beri amaran penutupan sepenuhnya bekalan gas Rusia akan mengurangkan KDNK di negara-negara EU yang paling rentan dan boleh menjerumuskan negara terbabit ke dalam kancah kemelesetan. - Foto 123RF
IMF beri amaran penutupan sepenuhnya bekalan gas Rusia akan mengurangkan KDNK di negara-negara EU yang paling rentan dan boleh menjerumuskan negara terbabit ke dalam kancah kemelesetan. - Foto 123RF
A
A
A

AMMAN - Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa memberi amaran penutupan sepenuhnya bekalan gas Rusia akan mengurangkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang paling rentan dan boleh menjerumuskan negara terbabit ke dalam kancah kemelesetan.

Di tengah-tengah spekulasi kononnya Presiden Rusia, Vladimir Putin akan memastikan saluran paip Nord Stream 1 ditutup apabila penyelenggaraan rutin tahunan berakhir lewat minggu ini, menurut IMF Eropah tidak mempunyai rancangan yang komprehensif untuk mengatasi kekurangan, peningkatan harga tenaga dan kesan ke atas pertumbuhan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

IMF mengenal pasti Hungary, Slovakia dan Republik Czech antara negara EU yang mungkin paling terjejas, tetapi Itali, Jerman dan Austria juga turut akan terkesan.

EU mengimport sehingga 40 peratus keperluan gasnya dari Rusia sebelum perang. - Bernama