Kaukus Parlimen demokrasi pelbagai parti ditubuh

KUALA LUMPUR - Kaukus Parlimen Demokrasi Pelbagai Parti yang secara rasmi ditubuhkan hari ini bakal menggalakkan dialog, penglibatan dan penyertaan rentas parti di Parlimen untuk isu-isu reformasi institusi terutamanya Dewan Rakyat.
Kaukus itu diterajui oleh konvener bersama Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) dan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya), manakala Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merupakan sekretariat kepada kaukus tersebut.
Kaukus itu turut dianggotai Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat), Loke Siew Fook (PH-Seremban), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Bersatu-Alor Gajah).
Selain itu, Wong Shu Qi (PH-Kluang), Datuk Seri Madius Tangau (UPKO-Tuaran), Datuk Ignatius Darell Leiking (Warisan-Penampang), Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) dan Baru Bian (PSB-Selangau).