Set makanan RM3.50 untuk pelajar UMK

UMK memperkenalkan set makanan lengkap atau Food Basket Siswa Keluarga Malaysia untuk pelajarnya pada harga RM3.50 bagi meringankan beban mereka.
UMK memperkenalkan set makanan lengkap atau Food Basket Siswa Keluarga Malaysia untuk pelajarnya pada harga RM3.50 bagi meringankan beban mereka.
A
A
A

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) memperkenalkan set makanan lengkap atau Food Basket Siswa Keluarga Malaysia untuk pelajarnya pada harga RM3.50.

Naib Canselor, Prof Dr Razli Che Razak berkata, pakej bermula pada Khamis lalu itu melibatkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

"Pelaksanaan inisiatif ini selaras dengan saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menangani isu kos sara hidup siswa berikutan peningkatan harga barangan yang memberi kesan kepada harga makanan di dalam kampus.

"Kita mendapat kerjasama penuh daripada pihak kafeteria UMK Bachok dan UMK Kampus Jeli serta Coffee Story di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa yang menyediakan makanan berkualiti kepada pelajar," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pendekatan tersebut antara usaha komited UMK untuk membantu pelajar terutamanya dari kalangan B40 melalui pelbagai kaedah bantuan dan ia sebagai jihad dalam menjaga kebajikan pelajar dalam meneruskan pengajian di universiti.

Beliau berkata, insiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos sara hidup siswa agar tidak merasa terbeban dengan isu peningkatan harga barang yang turut memberi impak kepada kuasa beli di kalangan mereka.

Katanya, UMK turut memberi bantuan moratorium bayaran sewa selama enam bulan kepada pihak kafeteria bermula bulan ini.