3,936 kes baharu Covid-19, tujuh kematian

Menurut data KKM di portal CovidNow, seramai 1,484 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan 61 pesakit dimasukkan ke ICU. - Foto fail Bernama
Menurut data KKM di portal CovidNow, seramai 1,484 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan 61 pesakit dimasukkan ke ICU. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia merekodkan sebanyak 3,936 kes baharu Covid-19 pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import manakala kes aktif dicatatkan adalah sebanyak 42,511.

Portal CovidNow menunjukkan daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 40,933 kes atau 96.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah dan 33 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu turut menunjukkan seramai 1,484 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan 61 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Ahad ialah 3,899 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,544,615.

Pada masa sama, negara ini turut merekodkan tujuh kematian baharu akibat wabak tersebut pada Ahad.

Daripada jumlah itu, tiga kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).