Mayat budak lelaki ditemukan dipercayai dibaham buaya

Mangsa berusia lapan tahun ditemukan dalam keadaan anggota badannya tidak sempurna sejauh kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Mangsa berusia lapan tahun ditemukan dalam keadaan anggota badannya tidak sempurna sejauh kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
A
A
A

KINABATANGAN - Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di sungai pada Selasa lalu ditemukan meninggal dunia dipercayai akibat dibaham buaya di Kampung Batu Putih, di sini, pada Khamis.

Mangsa berusia lapan tahun ditemukan pada jam 1.50 petang dalam keadaan anggota badannya tidak sempurna kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga dimulakan pada jam 7. 40 pagi.

"Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan separuh badannya tiada iaitu kedua belah tangan, kaki kiri dan kepala berkemungkinan dibaham buaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi SAR kemudian ditamatkan pada jam 2.05 petang," katanya.

Sinar Harian pada Selasa lalu melaporkan mangsa dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai berkenaan.