Lapor polis jika tahu kegiatan pengganas IS: Muhyiddin

Muhyiddin Yassin - Foto Bernama
Muhyiddin Yassin - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa orang awam untuk membuat laporan polis sekiranya mengesyaki atau mengenal pasti sebarang aktiviti mencurigakan yang cenderung kepada kegiatan keganasan.

Beliau memberi jaminan, polis akan mengambil apa sahaja langkah terbaik untuk memerangi kegiatan pengganas IS yang bertapak di negara ini.

“Serangan pengganas IS merupakan isu yang sangat membimbangkan kita dan ia sangat dipandang serius oleh KDN, jika ada tanda-tanda kegiatan keganasan dan orang ramai tahu tentang sesuatu perkara yang luar biasa, ia harus dilaporkan kepada polis.

“Orang ramai harus melaporkan dan membantu polis, kami akan ambil apa-apa tindakan yang perlu,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya ramalan penganalisis yang mengatakan rantau ini mungkin menjadi hab seterusnya keganasan IS.

Sebelum ini dilaporkan, rantau Asia Tenggara digelar barisan kedua serangan pengganas IS.

Artikel Berkaitan: