Polis tahan lelaki bersama syabu bernilai 5,000

Lelaki yang ditahan dalam satu operasi awal pagi tadi
Lelaki yang ditahan dalam satu operasi awal pagi tadi
A
A
A

PENDANG - Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis syabu bernilai lebih RM5,000 dalam satu operasi di kawasan jalan tanah merah di Kampung Bukit Choras di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata lelaki tempatan berusia 23 tahun itu ditahan kira-kira 12.45 pagi tadi selepas pemeriksaan di kawasan itu menemui dua bungkusan syabu seberat 51.10 gram.

Katanya, ketika anggota polis memperkenalkan diri, suspek bertindak terjun ke dalam kawasan bendang berhampiran untuk melarikan diri.

"Suspek juga sempat mencampakkan dua bungkusan plastik lut sinar berisi syabu di atas tanah," katanya.

Arriz Sham berkata, kepantasan anggota polis menyebabkan suspek berjaya diberkas semula dan pemeriksaan lanjut menemui sejumlah wang tunai bernilai lebih RM801.

Menurut Arriz Sham, suspek baru sahaja mula menjadi pengedar dadah dan dipercayai mendapatkan bekalan daripada pembekal sebelum dijual semula kepada penagih.

"Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau turut positif dadah jenis methamphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: