Lelaki kurang waras berenang tengah tasik diselamatkan

Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan mental yang berenang ke tengah tasik di Taman Sri Rampai. - Foto JBPM KL
Anggota bomba menyelamatkan seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan mental yang berenang ke tengah tasik di Taman Sri Rampai. - Foto JBPM KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan pantas pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan mental daripada lemas di Taman Tasik Sri Rampai, Jalan Kilang di sini, pada Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis pada jam 6.39 petang.

"Pihak polis memohon bantuan pihak bomba untuk menyelamatkan seorang lelaki dipercayai kurang waras yang telah berenang sejauh 100 meter ke tengah-tengah tasik tersebut.

"Pasukan bomba berjaya menyelamatkan lelaki tempatan berumur 20 tahun itu pada jam 7.25 petang," menurut kenyataan tersebut pada Sabtu.

Seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan mental berenang 100 meter ke tengah tasik di Taman Sri Rampai. - Foto JBPM KL
Seorang lelaki dipercayai mengalami gangguan mental berenang 100 meter ke tengah tasik di Taman Sri Rampai. - Foto JBPM KL

JBPM berkata, lelaki tersebut dipercayai berhalusinasi sehingga mendorongnya bertindak sedemikian.

Katanya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.