Hujan lebat, ribut petir landa utara Semenanjung

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sistem cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke timur Vietnam mulai esok (9 Julai) hingga 13 Julai ini, menurut Jabatan Meteorologi (METMalaysia).

Jabatan itu dalam kenyataan pada Jumaat, memaklumkan keadaan itu berpotensi membawa angin baratan yang kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai.

"Ini seterusnya mengakibatkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di utara Sarawak (Bintulu, Miri dan Limbang), barat Sabah dan Labuan dalam tempoh 9 hingga 10 Julai dan negeri-negeri utara Semenanjung dalam tempoh 11 hingga 13 Julai.

"Amaran angin kencang dan laut bergelora (Kategori Pertama dan Kedua) juga telah dikeluarkan di Laut China Selatan berkuat kuasa dari 9 Julai hingga akhir tempoh ramalan," menurut kenyataan itu.

METMalaysia turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa merujuk laman web jabatan itu dan semua media sosial serta memuat turn aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. - Bernama.