Kanak-kanak lemas di kolam renang dewasa

No Image Caption
A
A
A

BUKIT BERUNTUNG - Seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas di kolam renang Kelab Golf Bukit Beruntung, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Daniel Salehuddin, 9, disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke klinik berdekatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, seorang pengawal keselamatan melakukan rondaan melihat sekumpulan pengunjung cuba menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati semasa kejadian, mangsa berenang di kolam renang kanak-kanak dengan ditemani ahli keluarga.

“Bagaimanapun, mangsa memasuki kolam renang dewasa tanpa disedari dan telah lemas. Mangsa bersama keluarga berasal dari Masai, Johor dan bermalam di hotel kelab golf tersebut.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal ditemui pada mangsa dan kematian akibat lemas,” katanya.

Artikel Berkaitan: