Status juara 2019 pacu kemaraan Halep di Wimbledon

Halep
Halep
A
A
A

BEKAS juara Wimbledon, Simona Halep meneruskan momentum positif di Kejohanan Wimbledon apabila mengesahkan slot separuh akhir setelah menewaskan pemain dari Amerika Syarikat (AS), Amanda Anisimova, 6-2, 6-4.

Kemenangan juara edisi 2019 dari Romania yang juga pilihan ke-16 itu membolehkannya menempah pentas empat terbaik kejuaraan apabila dijadualkan berdepan pilihan ke-17, pemain kelahiran Rusia dari Kazakhstan, Elena Rybakina.

"Permainan tenis saya bertambah baik sejak kali terakhir menang kejuaraan di sini sebelum ini.

"Ya, suasana positif Wimbledon membina semula keyakinan dalam perlawanan sebelum ini.

"Saya berbeza berbandingnya malah lebih kuat melawan emosi. Saya boleh mengawal emosi dengan lebih baik lantaran pengalaman sebelum ini," katanya

Untuk rekod, bekas pemain nombor satu dunia itu mengetepikan Serena Williams pada final 2019 itu, kini merupakan satu-satunya bekas juara dalam undian yang masih meneruskan cabaran di kejuaraan Grand Slam ini.

Malah Halep terlepas kejohanan tahun lalu akibat kecederaan juga masih belum kehilangan satu set dalam lima perlawanan yang mengambil masa kurang daripada enam jam di London.

Kecederaan dialaminya sebelum ini menyaksikan Halep pernah mempertimbangkan untuk bersara dari sukan tersebut.

"Semua perlawanan adalah berbeza berbanding 2019. Jadi saya hanya mengambil keyakinan dan mengambil keseronokan di gelanggang.

"Namun yang pasti setiap kawan saya merupakan lawan yang sukar, dan saya melakukan apa yang perlu lakukan setiap hari," katanya