Sarawak negeri Melayu kedua tertua di dunia

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kemajuan dalam bidang penyelidikan hari ini berjaya membuktikan bahawa Sarawak yang dahulunya dikenali sebagai Santubong merupakan negeri Melayu kedua tertua di dunia.

Pakar Sejarah Sarawak, Datu Dr Sanib Said berkata, kemajuan itu juga membuktikan bahawa Santubong telah wujud kira-kira 300 tahun sebelum Masihi manakala negeri Melayu tertua iaitu Kedah pula wujud 500 tahun sebelum Masihi.

"Sejarah yang lama penting untuk menjadikan sejarah kita lebih relevan. Jadi kalau dalam konteks sejarah ini, yang lebih tua lebih bagus,” katanya selepas program Wacana Manuskrip Melayu bertajuk Manuskrip Melayu-Jawi di Sarawak: Menobatkan Santubong Sebagai Negeri Melayu Kedua Tertua Dunia Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

PNM dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu bertujuan mempromosi naskhah manuskrip Melayu yang tersimpan dalam koleksi PNM sekali gus mendedahkan kepentingan ilmu yang terakam dalam manuskrip itu serta memperlihat pengaruh serta asimilasi budaya dan citra kepada masyarakat.

Sanib pula berharap Santubong dapat disenaraikan dalam Tapak Warisan Dunia dan menjadi pusat pelancongan yang baharu bagi Sarawak.

"Santubong itu besar dan dekat dengan Kuching, jadi senang sebab bahan-bahan (arkeologi) yang ada di situ pun hebat seperti tahi besi dan berhala,” katanya.

Beliau berkata pihak berkaitan perlu mencari jalan untuk mendedahkan bidang sejarah dan tugasan berkaitan manuskrip kepada mahasiswa bagi menanam minat seterusnya meneruskan perjuangan penyelidikan sejarah. - Bernama

Artikel Berkaitan: