Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua pegawai kanan polis dikesan di pusat hiburan ketika serbuan

Arjunaidi
Arjunaidi
A
A
A

PETALING JAYA - Dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikesan berada di sebuah pusat hiburan di sini ketika serbuan dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di premis berkenaan pada Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, serbuan yang dijalankan pada jam 12.15 tengah malam itu mengesan dua pegawai berkenaan berada bersama pengunjung di premis hiburan tersebut.

"Semasa serbuan dibuat, terdapat dua pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan Polis dan Inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Bukit Aman berada di dalam premis tersebut.

"Tiada sebarang tangkapan atau rampasan dalam bentuk wang tunai dibuat terhadap kedua pegawai berkenaan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, kes berkenaan akan dirujuk kepada JIPS untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

"Polis tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar peraturan atau mencemarkan imej pasukan.

"Tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan yang ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: